Home Nasional Tiga PBT laksana sembilan projek berimpak tinggi di Johor
Nasional

Tiga PBT laksana sembilan projek berimpak tinggi di Johor

Tiga PBT laksana sembilan projek berimpak tinggi di Johor

Datuk Mohd Jafni Md Shukor mempengerusikan mesyuarat pembentangan \’timeline\’ gerak kerja & projek pembangunan membabitkan lima PBT

JOHOR BAHARU, 8 Januari-Tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Johor akan menjalankan sembilan projek berimpak tinggi, yang dijangka siap pada suku keempat tahun ini, melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM2.92 juta.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, projek berkenaan akan dilaksanakan di Mersing, Kota Tinggi dan Segamat.

Antara projek dijalankan Majlis Daerah Mersing, menaik taraf Dataran Niaga di Jalan Tun Dr Ismail, dan selenggara lampu jalan serta lampu isyarat sekitar Bandar Mersing, dengan kos RM1.71 juta.

Manakala Majlis Daerah Kota Tinggi, akan menaik taraf longkang dan pembentung di Taman Kota Jaya, serta membaik pulih laluan pejalan kaki di Jalan Tun Habab, dengan kos RM600,000.

Selain itu, kerja menaik taraf parit di Jalan Ibrahim, Labis, dan selenggara lampu dekoratif di Pekan Labis, akan dijalankan Majlis Daerah Labis, melibatkan kos RM61,250.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....