Home Nasional Tiga maut, lima cedera dalam kemalangan lori dan MPV
Nasional

Tiga maut, lima cedera dalam kemalangan lori dan MPV

Tiga maut, lima cedera dalam kemalangan lori dan MPV

FOTO BOMBA BINTULU

BINTULU, 11 Mac- Tiga individu maut manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tiga tan dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Pesisir Kidurong-Samalaju di sini awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata mangsa yang maut ialah pemandu MPV iaitu lelaki berusia 39 tahun, serta dua penumpang wanita berumur 44 dan 22 tahun.

Dua lagi penumpang lelaki mengalami kecederaan parah, manakala pemandu lori patah kaki.

Dua kelindan lori hanya mengalami cedera ringan.

Pasukan bomba yang tiba di lokasi bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum menyerahkan mayat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan.

Wan Kamarudin berkata bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 6.51 pagi.

1103 SARAWAK BINTULU KJR MAUT 2
FOTO BOMBA BINTULU

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...