Home Nasional Tiga cedera, lori lima tan rempuh 11 kereta, sebuah motosikal di MRR2
Nasional

Tiga cedera, lori lima tan rempuh 11 kereta, sebuah motosikal di MRR2

Tiga cedera, lori lima tan rempuh 11 kereta, sebuah motosikal di MRR2

FOTO JBPM SELANGOR

KUALA LUMPUR, 17 November- Tiga individu termasuk seorang wanita cedera ringan selepas sebuah lori lima tan melanggar 11 buah kereta termasuk kenderaan mereka dan sebuah motosikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 3.09 petang tadi.

Beliau berkata kesemua mangsa yang merupakan warga tempatan dan berusia lingkungan 43 hingga 65 tahun itu diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi rawatan lanjut.

\”Seramai tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi kejadian bersama dua jentera bomba.

\”Operasi menyelamat dan pembersihan dilaporkan selesai pada 4.43 petang tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.-BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....