Home Nasional Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api
Nasional

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api

Salah sebuah kedai yang musnah dijilat api

KULAI, 18 Mac – Tiga buah kedai di Bandar Indahpura, di sini, mengalami kebakaran petang semalam.

Pegawai Penjaga Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Komander Operasi Kanan Muhammad Fauzi Awang berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 petang.

Tiga pasukan bomba dari tiga balai berdekatan, iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, BBP Kulai, dan BBP Kempas, digerakkan ke lokasi kejadian.

\”Operasi pemadaman turut dibantu oleh anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kulai Besar dengan kekuatan seramai 22 anggota bomba, menggunakan tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT), satu kenderaan Unit Perkhidmatan Bantuan Kecemasan (EMRS) serta jentera daripada PBS Kulai Besar,\” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, berdasarkan penilaian awal, kebakaran menyebabkan kemusnahan sebanyak 5 peratus bagi premis pertama, 90 peratus bagi premis kedua, dan 5 peratus bagi premis ketiga.

Bagaimanapun kejadian tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Katanya, punca dan kerugian masih dalam siasatan.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...