Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Tiada sebarang aktiviti korekan di sekitar tapak jerlus- DBKL
Nasional

Tiada sebarang aktiviti korekan di sekitar tapak jerlus- DBKL

Tiada sebarang aktiviti korekan di sekitar tapak jerlus- DBKL

Kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India/ Foto Bomba

KUALA LUMPUR, 23 Ogos– Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan tiada sebarang aktiviti korekan di sekitar lokasi tanah jerlus, Jalan Masjid India.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya telah membuat semakan jajaran utiliti bawah tanah di kawasan terlibat dan mendapati, adanya laluan paip kumbahan bersaiz 1.5 meter diameter di lokasi terbabit.

Beliau berkata pihak Indah Water Konsortium dan agensi telibat telah berada di lokasi sejak petang tadi untuk membuat pengesanan di sepanjang jajaran paip kumbahan bagi dalam usaha mencari mangsa yang hilang.

Tambah beliau, DBKL telah menempatkan jentera-jentera dan anggota penyelamat bagi membantu pencarian. Pihak Air Selangor juga telah menutup bekalan air sedia ada.

Sementara itu, beliau telah bertemu dengan suami mangsa di lokasi kejadian dan menzahirkan rasa sedih dan simpati atas kejadian itu.

Terdahulu, mangsa iaitu seorang perempuan warganegara India berumur sekitar 40-an terlibat dengan kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India dan sehingga kini mangsa masih belum ditemui.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...