Home Nasional Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat Azerbaijan Airlines
Nasional

Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat Azerbaijan Airlines

Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat Azerbaijan Airlines

Lokasi nahas pesawat penumpang Azerbaijan Airlines berhampiran bandar Aktau barat Kazakhstan/ AFP

KUALA LUMPUR, 25 Disember- Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden nahas pesawat milik Azerbaijan Airlines berhampiran bandar Aktau di Kazakhstan.

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan, nahas tragis yang melibatkan penerbangan J2-8243, pesawat Embraer 190, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Aktau, Kazakhstan.

\”Kementerian merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan pemulihan segera kepada mereka yang cedera. Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti,\” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama Kementerian Luar juga akan terus memantau situasi dan memberikan kemas kini berdasarkan laporan semasa.

Mana-mana warganegara Malaysia yang memerlukan bantuan atau maklumat lanjut boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Kazahkstan menerusi:

Alamat: 26 Sarayshyk Street, Daerah Diplomatik, 010000 Astana, Kazakhstan
Telefon: +7 (7172) 79 06 90 / +7 (7172) 79 06 95 / +7 777 079 0014
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pesawat milik Azerbaijan Airlines itu membawa 62 penumpang dan lima anak kapal dalam perjalanan dari Baku ke Grozny sebelum terhempas berhampiran bandar Aktau di Kazakhstan.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...