Home Nasional Tiada rakyat Malaysia terkesan gempa bumi di Kepulauan Kyushu
Nasional

Tiada rakyat Malaysia terkesan gempa bumi di Kepulauan Kyushu

Tiada rakyat Malaysia terkesan gempa bumi di Kepulauan Kyushu

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan susulan gempa bumi yang berlaku di Wilayah Miyazaki di Kepulauan Kyushu, Jepun pada Khamis yang mencetuskan amaran tsunami / Foto Reuters

PUTRAJAYA, 9 Ogos – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan susulan gempa bumi yang berlaku di Wilayah Miyazaki di Kepulauan Kyushu, Jepun pada Khamis yang mencetuskan amaran tsunami.

Wisma Putra memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau rapi perkembangan tersebut.

\”Walaupun tiada kematian dilaporkan, pihak berkuasa masih membuat penilaian kemungkinan berlakunya kecederaan dan kerosakan serius.

\”Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut,\” menurut Wisma Putra menerusi kenyataan.

Wisma Putra turut menasihati rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas untuk menjauhi kawasan pantai, sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa serta arahan yang diberikan pihak berkuasa tempatan.

\”Rakyat Malaysia, terutamanya di kawasan terjejas, dinasihatkan untuk mendaftar keberadaan mereka dihttps://ekonsular.kln.gov.my/,\” menurut Wisma Putra.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular juga boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo di alamat, 20-16, Nanpeidai-cho Shibuya-ku 150-0036 Tokyo atau di talian +81-3-3476-3840,+81-80-4322-3366 (emergency) dan juga Emel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

BERITA BERKAITAN:

  • Gempa kuat di Kyushu Jepun, cetus amaran tsunami
  • Gempa bumi: Amaran tsunami pulau Kyushu, Shikoku ditarik balik

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...