Home Nasional Tiada pelajar berdaftar di Lubnan- Zambry
Nasional

Tiada pelajar berdaftar di Lubnan- Zambry

Tiada pelajar berdaftar di Lubnan- Zambry

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

BANGI, 29 September– Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan tiada pelajar Malaysia yang direkodkan sedang melanjutkan pelajaran di Lubnan.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ia berdasarkan semakan yang dibuat dengan pejabat Education Malaysia (EM) di Timur Tengah.

Bagaimanapun beliau berkata pihaknya masih mendapatkan maklumat secara rasmi mengenai pelajar yang melanjutkan pelajaran secara tidak berdaftar.

\”Walau bagaimanapun saya ingin menyebut di sini bahawa langkah-langkah akan terus dibuat oleh kerajaan melalui Wisma Putra untuk memastikan rakyat Malaysia sama ada mereka pelajar secara tidak rasmi melalui madrasah atau pun sistem persekolahan di sana atau pun rakyat Malaysia yang berada disana..Saya percaya Wisma Putra akan mengambil langkah pantas bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di sana,\” katanya.

Beliau kepada pemberita selepas menghadiri program In Person with Doc. Zam: ‘Tips & Tricks for Freshies’ Sempena Minggu Apresiasi Watan Sesi 2024/2025 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, hari ini.

Terdahulu, Wisma Putra dalam kenyataan pada Rabu lepas menasihatkan rakyat Malaysia di Lubnan membuat persiapan segera untuk meninggalkan negara itu secara sukarela berikutan keadaan yang semakin meruncing.

Kenyataan itu juga memaklumkan warganegara Malaysia diminta menangguhkan semua perjalanan ke Lubnan sehingga keadaan di negara itu kembali stabil.

Related Articles

TMM 2026: Negeri disaran agresif perkenal pakej pelancongan menarik
Nasional

TMM 2026: Negeri disaran agresif perkenal pakej pelancongan menarik

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing/ BERNAMAKUALA LUMPUR,...

48 premis, bangunan terbiar dikenal pasti di Kuala Lumpur
Nasional

48 premis, bangunan terbiar dikenal pasti di Kuala Lumpur

Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa/ Foto RTMKUALA LUMPUR, 25 Mac- Sebanyak 48...

Semangat dedikasi, pengorbanan warga PDRM harus disyukuri & dihargai
Nasional

Semangat dedikasi, pengorbanan warga PDRM harus disyukuri & dihargai

Foto Facebook Datuk Seri Fadillah YusofKUALA LUMPUR, 25 Mac– Semangat dedikasi dan...

KPDN Kedah pantau bekalan minyak masak peket menjelang Aidilfitri
Nasional

KPDN Kedah pantau bekalan minyak masak peket menjelang Aidilfitri

Foto RTMALOR SETAR, 25 Mac– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara...