Wednesday , 12 March 2025
Home Nasional Tiada kompromi pegawai lakukan kekerasan terhadap tahanan – JIM
Nasional

Tiada kompromi pegawai lakukan kekerasan terhadap tahanan – JIM

Tiada kompromi pegawai lakukan kekerasan terhadap tahanan – JIM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pegawainya.

Ketua Pengarah JIM Datuk Zakaria Shaaban dalam satu kenyataan berkata, jabatan itu sentiasa mematuhi ketetapan standard piawaian antarabangsa seperti Peraturan Minimum Standard Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi layanan terhadap Tahanan (Peraturan Nelson Mandela) dan Jawatan Kuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) – Penjagaan Kesihatan Dalam Tahanan, dalam pengurusan depotnya.

\”\”Merujuk kepada kenyataan media oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengenai insiden tahanan etnik Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor (DISB) Perak pada 1 Februari lepas, JIM mengambil maklum dan memandang serius terhadap penemuan hasil siasatan berkenaan,\” katanya.

Bagaimanapun jabatan berkenaan juga mempunyai Peraturan-Peraturan Imigresen (Pentadbiran dan Pengurusan Depot Imigresen) 2003 dan Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Mengenai Pentadbiran dan Pengurusan Depot Imigresen yang perlu dipatuhi.

JIM akan mengambil tindakan keras terhadap pegawai terbabit berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada sekiranya terdapat unsur kekerasan dan penderaan.

Related Articles

PM dijadual terima kunjungan hormat Duta AS ke Malaysia petang ini
Nasional

PM dijadual terima kunjungan hormat Duta AS ke Malaysia petang ini

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimPUTRAJAYA, 11 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

PM tegaskan keselamatan siber kekal jadi keutamaan negara
Nasional

PM tegaskan keselamatan siber kekal jadi keutamaan negara

Foto hiasan/ BERNAMAPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keselamatan siber kekal...

PM hargai pandangan ulama Kelantan, tekankan perpaduan ummah
Nasional

PM hargai pandangan ulama Kelantan, tekankan perpaduan ummah

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimPUTRAJAYA, 11 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Perkenal bantuan mikro rendah perkasa peniaga bazar Ramadan
Nasional

Perkenal bantuan mikro rendah perkasa peniaga bazar Ramadan

Foto hiasan/Arkib BernamaSERDANG, 11 Mac -Kerajaan disaran mengambil pendekatan lebih strategik untuk...