Monday , 17 February 2025
Home Nasional Tiada kompromi ejen pelancongan terlibat aktiviti haram – MOTAC
Nasional

Tiada kompromi ejen pelancongan terlibat aktiviti haram – MOTAC

Tiada kompromi ejen pelancongan terlibat aktiviti haram – MOTAC

KEMENTERIAN PELANCONGAN SENI DAN BUDAYA

KUALA LUMPUR, 5 September- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana ejen pelancongan yang didapati terlibat dengan sebarang aktiviti haram.

Sehubungan itu MOTAC mengambil serius berkenaan penahanan warga China dan Malaysia kerana memasuki Perairan Tugayo Hunasan, Sitangkai, Tawi-Tawi, Filipina secara haram pada Ahad lepas.

Menurut laporan awal tangkapan pihak berkuasa Filipina terdiri daripada lapan warga China dan tiga warga Malaysia kerana memasuki perairan Filipina secara tidak sah.

\”MOTAC telah memulakan siasatan terhadap ejen pelancongan yang disyaki menguruskan/membawa penumpang berkenaan.

\”Sekiranya siasatan yang dijalankan mendapati sebarang kesalahan dilakukan di bawah Akta lndustri Pelancongan 1992, MOTAC akan mengambiltindakan sewajarnya termasuk mengantung, membatal lesen, mengkompaun atau mendakwa ejen pelancongan yang terbabit,\” menurut kenyataan hari ini.

Justeru MOTAC mengingatkan semua ejen pelancongan di seluruh negara agar memastikan semua pakej pelancongan dan pengaturan perjalanan mematuhi peruntukan Akta lndustri Pelancongan 1992, peraturan-peraturan di bawahnya dan undang-undang bertulis lain.

Ini kerana pematuhan kepada undang-undang adalah penting untuk mengekalkan integriti industri pelancongan serta memastikan keselamatan serta keabsahan aktiviti pelancongan dibawah kendalian setiap ejen pelancongan.

Related Articles

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma
Nasional

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma

FOTO RTMKLANG, 16 Februari- Seramai 99 murid dan pelajar menyertai program gunting...

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron
Nasional

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron

Foto FB MenteriKUALA LUMPUR, 16 Februari– Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi...

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini
Nasional

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini

FOTO ARKIB RTMKUALA LUMPUR, 16 Februari- Penduduk terjejas banjir di Sabah kekal...

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin
Nasional

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin

FOTO BOMBA PERAKTANJUNG MALIM, 15 Februari- Empat kanak-kanak antara 11 individu yang...