PUTRAJAYA,19 Julai– Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai masalah disiplin serta melanggar etika kerja, demi menjaga imej dan reputasi pasukan itu.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail jika berlaku masalah melanggar intergriti pihaknya akan menyerahkan segala siasatan kepada pihak polis dan jika di sabit bersalah tindakan tegas undang undang akan di ambil.
Dasar kita tidak akan kompromi sama sekali sebarang bentuk perbuatan yang menyalahi konsep integriti terutamanya kepada agensi penguat kuasa. Mereka perlu lebih bersih itu adalah harga kerana memilih kerjaya ini kerana kepatuhan undang-undang mesti maksimum\”, katanya demikian selepas ditanya media mengenai kes bunuh Nur Farah Kartini dan kes berhubung kes kehilangan bahan api di dalam Pangkalan Udara Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia, Subang baru-baru ini.