Home Nasional Tiada kenaikan yuran TABIKA, TASKA KEMAS tahun depan
Nasional

Tiada kenaikan yuran TABIKA, TASKA KEMAS tahun depan

Tiada kenaikan yuran TABIKA, TASKA KEMAS tahun depan

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Disember- Tiada kenaikan yuran Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) yang dikendalikan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi sesi persekolahan tahun depan.

Perkara itu disahkan KEMAS dalam satu kenyataannya hari ini.

Sebelum ini, laporan disiarkan sebuah agensi berita yang memaparkan visual rakaman di dalam TABIKA KEMAS menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat terutama ibu bapa yang menghantar anak mereka ke TABIKA dan TASKA KEMAS.

Justeru, KEMAS berharap ibu bapa kekal tenang dan terus menjadikan TABIKA KEMAS sebagai pilihan utama dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Kerajaan MADANI melalui KEMAS sentiasa prihatin terhadap bebanan rakyat dan berusaha meringankan kesulitan yang dihadapi masyarakat.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat KEMAS Putrajaya di talian 03-88912682.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....