Home Nasional Tiada hasrat sekat siaran langsung Sidang Dewan Rakyat- Johari
Nasional

Tiada hasrat sekat siaran langsung Sidang Dewan Rakyat- Johari

Tiada hasrat sekat siaran langsung Sidang Dewan Rakyat- Johari

Tan Sri Johari Abdul menjadi tetamu di konti KEDAHfm

ALOR SETAR, 7 Ogos– Parlimen tidak berhasrat untuk menyekat siaran langsung Sidang Parlimen di Dewan Rakyat walaupun berlaku beberapa insiden dan kekecohan melibatkan beberapa ahli parlimen di dalam dewan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata penyiaran secara langsung itu bukan sahaja memberi peluang kepada rakyat melihat sendiri tingkah laku wakil rakyat yang dipilih mereka. Malah ia memberi ruang kepada rakyat untuk menilai prestasi wakil rakyat masing-masing ketika berhujah mengenai sesuatu perkara atau isu di Parlimen.

“Apa yang berlaku dalam dewan dan apa yang ditayangkan kepada rakyat untuk dinilai sebenarnya bahawa kita harus berani mengatakan hitam itu hitam, putih itu putih dan saya kira itulah tindakan dan cara wakil rakyat anda di bawah sana berbicara.

\”Itulah kualiti yang anda pilih. Jadi saya tidak akan menyekat, malah menggalakkan supaya mereka ini didedahkan kepada semua jenis maklumat supaya karakter sebenarnya seorang pemimpin itu akan terserlah apabila kita depankan dia seperti inilah, media ini\”, katanya kepada RTM selepas menjadi tetamu di konti KEDAHfm.

Hadir sama, Pengarah Penyiaran Negeri Kedah, Nur Hafizoh Idris.

Jelas Tan Sri Johari, usaha untuk merakyatkan Dewan Rakyat akan terus dipergiat dan dipertingkat dari semasa ke semasa.

Ia termasuk program turun ke padang mendekati rakyat di segenap lapisan bagi menerangkan fungsi Parlimen.

Selain itu, orang ramai terutama golongan belia juga dipelawa untuk mengikuti perbahasan di Parlimen bagi melihat dan merasai suasana sebenar di dalam dewan.

Langkah itu bertujuan untuk melahirkan generasi pemimpin berkaliber dan lebih profesional.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....