Home Nasional Tiada had masa peralihan LMM Kelas B2/B1 kepada B penuh – JPJ
Nasional

Tiada had masa peralihan LMM Kelas B2/B1 kepada B penuh – JPJ

Tiada had masa peralihan LMM Kelas B2/B1 kepada B penuh – JPJ

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Tiada had masa ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 mendaftar bagi Program Khas Peralihan LMM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B penuh.

JPJ dalam satu kenyataan memaklumkan, institut memandu tersenarai menerima pendaftaran yang tinggi daripada orang ramai sejak program itu dilancarkan.

\”Pemegang LMM Kelas B2/B1 yang layak dinasihatkan tidak tergesa-gesa dalam urusan pendaftaran program ini kerana program itu tidak mempunyai tempoh tamat yang tertentu atau tiada had masa.

\”Senarai institut memandu juga akan dikemaskini dari semasa ke semasa bagi menampung pendaftaran pemegang Kelas B2/B1 yang layak untuk program tersebut,\” katanya.

Dalam pada itu pihaknya juga memaklumkan kepada semua institut memandu terbabit untuk menerima setiap permohonan calon.

Menerusi kenyataan sama, JPJ turut memaklumkan, terdapat kegelinciran sistem bagi semakan status kelayakan Program Khas Peralihan LMM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B.

\”Tindakan pembetulan dan penambahbaikan telah diambil serta merta.

\”Pemegang LMM Kelas B2/B1 yang sebelum ini menerima paparan mesej \’Bukan Warganegara Malaysia adalah Tidak Layak\’ dinasihatkan untuk log
keluar dan log masuk semula aplikasi MyJPJ dan boleh menyemak semula status kelayakan di \’Semakan Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B,\” katanya menerusi kenyataan itu.

Bagaimanapun pihak JPJ menghargai maklum balas orang ramai berkenaan pelaksanaan Program Khas Peralihan LMM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B dan komited untuk menambah baik dari semasa ke semasa bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....