Wednesday , 20 November 2024
Home Nasional Tiada anjakan tarikh kuat kuasa pelesenan media sosial
Nasional

Tiada anjakan tarikh kuat kuasa pelesenan media sosial

Tiada anjakan tarikh kuat kuasa pelesenan media sosial

Foto hiasan

PUTRAJAYA, 28 Ogos- Pelaksanaan kerangka kawal selia atau pelesenan perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan diteruskan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan Jemaah Menteri.

\”Kekal 1 Januari 2025 lesen bagi media sosial dan sistem pesanan Internet berkuat kuasa. Tidak ada anjakan atau perubahan pada tarikh itu,\” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata dua bentuk perkhidmatan yang akan dilesenkan ialah media sosial serta sistem pesanan Internet dan tidak melibatkan mana-mana aplikasi.

Pada 26 Ogos lepas, persatuan yang mewakili syarikat Internet dan teknologi terkemuka iaitu Gabungan Internet Asia (AIC) menggesa kerajaan agar menghentikan serta mempertimbang dengan teliti rancangan pelesenan untuk platform media sosial.

AIC, yang dianggotai antaranya Google, Meta, Amazon dan Grab, telah menghantar bantahan menerusi surat bertarikh 23 Ogos yang ditujukan kepada Perdana Menteri.

Kerangka bagi melesenkan media sosial dan pesanan Internet diluluskan oleh Kabinet pada 8 Mac lepas.

Pada 27 Julai lepas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengumumkan bahawa semua perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bermula 1 Jan 2025.

Kegagalan memperoleh lesen selepas tarikh kuat kuasa adalah satu kesalahan dan tindakan perundangan sewajarnya boleh diambil mengikut Akta 588.

Related Articles

Lawatan sulung PM ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion
Nasional

Lawatan sulung PM ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion

Anwar Ibrahim bersama Presiden Brazil, Lula da Silva pada Sidang Kemuncak G20...

Malaysia cadang reformasi Majlis Keselamatan PBB
Nasional

Malaysia cadang reformasi Majlis Keselamatan PBB

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimRIO DE JANEIRO, 19 November- Malaysia mengusulkan reformasi menyeluruh...

Nasional

Malaysia seru tindakan global untuk tangani kelaparan & kemiskinan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMARIO DE JANEIRO,18 November– Malaysia menyeru...

Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh bangunan sekolah
Nasional

Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh bangunan sekolah

PDRMGEORGE TOWN, 19 November- Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua maut selepas dipercayai...