Home Nasional Tertangguh lama, penduduk mohon projek bina Kompleks Sukan Mini Selangau disegerakan
Nasional

Tertangguh lama, penduduk mohon projek bina Kompleks Sukan Mini Selangau disegerakan

Tertangguh lama, penduduk mohon projek bina Kompleks Sukan Mini Selangau disegerakan

Keadaan tapak projek yang kini dipenuhi semak samun

SELANGAU, 4 September- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir Christopher Gira Sambang berharap pembinaan Kompleks Sukan Mini Selangau dapat disegerakan.

Gira berkata, Projek Kompleks Sukan Mini Selangau itu merupakan projek rakyat mengunakan dana daripada kerajaan negeri yang sebelum ini membabitkan kos RM7.8 juta.

Jelas beliau, projek tersebut telah ditawarkan kepada kontraktor untuk dilaksana pada 5 Ogos 2020 dan dijangka siap pada 4 Jun 2022.

Bagaimanaoun, kontraktor terdahulu telah menarik diri daripada melaksanakan projek berkenaan ekoran pandemik COVID-19 pada tahun 2021.

Setakat ini projek pembinaan Kompleks Sukan Mini Selangau masih tertangguh dan tiada kerja-kerja pembinaan dilakukan di tapak tersebut.

Katanya Kompleks Sukan Mini Selangau adalah merupakan satu-satunya kemudahan sukan di Daerah Selangau dan amat ditunggu tunggu oleh penduduk tempatan untuk pembangunan sukan di Selangau.

Beliau menyeru kepada Kementerian Belia dan Sukan Sarawak supaya pembinaan kemudahan sukan tersebut diberi keutamaan.

Untuk makluman Kompleks Sukan Mini Selangau bakal mempunyai kemudahan seperti sebuah padang bola sepak, trek larian, kemudahan untuk acara lompat tinggi, lompat jauh, dewan, tempat letak kenderaan serta kemudahan dan keperluan sukan.

Related Articles

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah
Nasional

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh / Foto Hiasan / FailTAWAU, 23 Mac...

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana
Nasional

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / Foto HiasanKUALA...

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang
Nasional

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang

Foto APM KluangJOHOR BAHRU, 23 Mac – Jumlah penduduk terjejas banjir di...

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan
Nasional

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini...