Home Nasional Teknik ‘flushing’ digunakan dalam pencarian mangsa hilang
Nasional

Teknik ‘flushing’ digunakan dalam pencarian mangsa hilang

Teknik ‘flushing’ digunakan dalam pencarian mangsa hilang

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Pasukan mencari dan menyelamat akan menggunakan teknik ‘flushing’ di lurang kumbahan Jalan Masjid India sebagai usaha terbaru dalam pencarian mangsa yang hilang sejak Jumaat lalu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata teknik tersebut akan difokuskan di lurang kumbahan lima dan enam ekoran operasi pencarian hari ini mendapati kawasan tersebut mempunyai arus perlahan yang disyaki disebabkan oleh halangan.

\”Pihak Indah Water Konsortium (IWK) juga akan menjalankan kerja-kerja ‘flushing’ di hiliran kawasan. Pihak IWK telah mempunyai peta lengkap kawasan ini dan bersetuju untuk menjalankan ujian integriti di sini,\” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian.

Tambah Maimunah, jika pencarian di dua lurang kumbahan tersebut tidak berhasil, teknik ini akan digunakan untuk memastikan tiada sampah-sarap atau serpihan tersangkut yang menghalang aliran air.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....