Home Nasional Tekanan air rendah, bomba sukar padam api kilang kitar semula
Nasional

Tekanan air rendah, bomba sukar padam api kilang kitar semula

Tekanan air rendah, bomba sukar padam api kilang kitar semula

Setakat pukul 9.30 malam tadi api masih marak/Foto Bomba

KOTA BHARU, 27 Oktober – Tekanan air rendah menyukarkan tugas anggota bomba memadam kebakaran di pusat pengumpulan bahan kitar semula di Jalan Padang Tembak, Kawasan PerindustrianPengkalan Chepa di sini, petang tadi.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Khairul Ariffin Che Ramli berkata, pihaknyamenjangkakan kebakaran dapat dipadam sepenuhnya pagi esok selain mengawal api agar tidak merebak ke kawasan sekitar.

Bagaimanapun, pihaknya sudah memaklumkan kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) untuk meningkatkan lagi tekanan air di kawasan terbabit.

\”Setakat pukul 9.30 malam tadi, api masih marak dan pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa mengawal lalu lintas berikutan orang ramai memenuhi kawasan sekitar

\”Kami juga menggunakan air dari tiga lori tangki selain turut menerima bantuan bekalan air dari AKSB,\” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian malam ini.

Katanya, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya dan hanya melibatkan bahan mudah terbakar seperti getah, Polyvinyl Chloride (PVC) dan banyak lagi serta tidak membabitkan struktur bangunan.

Katanya, kejadian yang berlaku kira-kira 5.30 petang itu masih dalam operasi pemadaman dan melibatkan 40 pegawai anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa dan Pasir Tumboh.

\”Setakat ini pemilik pusat pengumpulan bahan kitar semula masih belum tampil dan maklumat lanjut yang berkaitan masih dalam siasatan,\” katanya.

Terdahulu, media melaporkan sebuah kilang kitar semula terbakar 80 peratus serta tidak melibatkan mangsa.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....