Home Nasional Tawaran haji, 6,000 surat telah dikeluarkan kepada bakal jemaah
Nasional

Tawaran haji, 6,000 surat telah dikeluarkan kepada bakal jemaah

Tawaran haji, 6,000 surat telah dikeluarkan kepada bakal jemaah

Foto FB Menteri

SEPANG, 3 Januari– Sebanyak 20 peratus atau 6,000 surat tawaran haji telah dikeluarkan dan diterima bakal jemaah bagi musim haji 2025 akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata surat tawaran haji akan dikeluarkan secara berperingkat selewat-lewatnya 15 Januari depan.

\”Tarikh akhir surat tawaran haji dikeluarkan pada 15 Januari. Setakat ini, 20 peratus atau 6,000 surat tawaran haji telah dikeluarkan danditerima.

Maknanya mereka sudah pergi pemeriksaan, sudah lulus. Kalau tidak terima, sampailah 15 Januari makna tiadalah. Maka, kita akan mulakan proses rayuan selepasdaripada 15 Januari 2025,\” kata Dr. Na\’im kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan kali ke-3 (PJH), di sini.

Tambahnya, meskipun terdapat dakwaan bahawa kenaikan kos mengerjakan haji kali ini agak tinggi, namun tidak ramai jemaah yang menolak surat tawaran mereka.

Dalam pada itu, beliau turut memberi jaminan bahawa pakej yang ditawarkan PJH adalah bebas daripada sindiket penipuan.

Kesemua syarikat PJH telah menjalani saringan yang ketat sebelum diberi lesen untuk membawa jemaah haji dan umrah secara sah.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....