Home Nasional Tautan Kasih: Sumbangan buat 200 asnaf di setiap parlimen
Nasional

Tautan Kasih: Sumbangan buat 200 asnaf di setiap parlimen

Tautan Kasih: Sumbangan buat 200 asnaf di setiap parlimen

Azman Abidin/RTM

KUALA TERENGGANU, 21 Januari- Seramai 200 asnaf dari setiap parlimen di seluruh negara telah dan akan menerima sumbangan Tautan Kasih yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bantuan di Terengganu hari ini disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin yang mewakili Perdana Menteri.

Azman berkata program berkenaan telah dijalankan di empat negeri bermula di Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Terengganu dan akan diteruskan ke Kelantan sebagai negeri kelima mulai esok, diikuti oleh Sabah dan Sarawak.

\”Ini adalah misi kita untuk menyantuni semua parlimen mewakili Perdana Menteri. Beliau sangat sibuk dan tidak dapat bertemu semua orang, namun melalui program ini, kita berusaha untuk menyampaikan bantuan kepada seluruh rakyat di negara ini,\” jelas Azman.

Beliau ditemui pemberita selepas menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada 200 penerima di Parlimen Kuala Terengganu di sini hari ini.

Program bermula pagi tadi di Parlimen Kemaman, Marang, Kuala Terengganu dan akan berakhir esok di Parlimen Hulu Terengganu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....