Home Nasional Taufan Helene: Wisma Putra pantau rapat situasi semasa di AS
Nasional

Taufan Helene: Wisma Putra pantau rapat situasi semasa di AS

Taufan Helene: Wisma Putra pantau rapat situasi semasa di AS

Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 26 September-Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) memantau rapat perkembangan Taufan Helene dan Ribut Tropika John, yang dijangka memberi kesan kepada Amerika Syarikat dan Mexico, beberapa hari akan datang.

Wisma Putra dalam kenyataan pada Khamis menggesa rakyat Malaysia di Florida dan Mexico untuk kekal waspada, mematuhi semua perintah pemindahan dan keselamatan oleh pihak berkuasa tempatan.

\”Rakyat Malaysia disana digalakkan untuk mendaftarkan kehadiran mereka melalui E-Konsular untuk mendapatkan sokongan dan kemas kini semasa,\” kata kenyataan itu.

Taufan Helene diramal semakin kencang dan dijangka mendarat di Florida pada Khamis sebagai ribut Kategori 4, dengan angin sehingga 251 km/j.

Sementara itu, nasihat itu menyatakan Ribut Tropika John semakin kukuh dan dijangka kembali kepada taufan.

Ia diramalkan melanda pantai utara Mexico, khususnya Costa Grande.

Kerajaan Mexico telah mengeluarkan amaran taufan untuk pantai Pasifik antara Lazaro Cardenas di negeri Michoacan dan Tecpan de Galeana di Guerrero.

\”Kementerian akan terus memantau kedua-dua Taufan Helene dan Ribut Tropika John dan memberikan maklumat terkini jika perlu untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas,\” tambah kenyataan itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....