Saturday , 8 February 2025
Home Nasional Tata kelola baik asas kelangsungan negara – PM
Nasional

Tata kelola baik asas kelangsungan negara – PM

Tata kelola baik asas kelangsungan negara – PM

Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 26 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan sepanjang hampir dua tahun pentadbirannya, tiada bantahan daripada pimpinan parti gabungan Kerajaan Perpaduan berkenaan keputusan yang melibatkan isu tata kelola.

Dalam konteks itu, beliau juga menyatakan bahawa keputusan untuk membatalkan perancangan sebuah kementerian dan agensi membawa 68 pegawai ke pameran di Berlin, Jerman mendapat sokongan penuh daripada Jemaah Menteri.

Dalam peranan beliau sebagai Perdana Menteri, Anwar menegaskan pentingnya ketegasan dalam memastikan amalan sedemikian tidak terus dibudayakan, agar tidak mengundang risiko terhadap kelangsungan negara.

\”Ini mengenai kelangsungan negara kita. Sebab itu saya kata mesti mula dengan isu governence (tata kelola). Pimpinan mesti beri contoh yang baik.

\”Saya mohon Jemaah Menteri bersama-sama saya dalam hal ini… untuk menyelamatkan negara, kita mesti bermula dengan tata kelola yang baik. Jika tata kelola itu rosak, segala perubahan ini tidak akan bermakna,\” katanya.

Jumaat lalu, Anwar memutuskan bahawa semua projek, lawatan, mahupun tugasan ke luar negara yang melibatkan kementerian, syarikat, serta agensi kerajaan, perlu dirujuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan masing-masing, serta mendapatkan kelulusan daripada Menteri berkenaan.

Keputusan itu diambil berikutan terdapat lembaga di dalam syarikat dan agensi kerajaan yang membuat keputusan berdasarkan kepentingan sendiri, bertentangan dengan amalan tata kelola yang diterapkan di bawah kepimpinannya.

Perdana Menteri juga menekankan pentingnya meneroka disiplin atau bidang baru untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik, yang memerlukan suntikan baru dalam pelbagai sektor.

Ini termasuk menyediakan tenaga kerja terlatih sesuai dengan keperluan sektor pekerjaan semasa.

\”Kita sekarang terikat dengan pendekatan lama, dan ini menghalang perkembangan kita. Jika kita ingin berjaya, tiada pilihan lain.

\”Kita mesti meneroka disiplin baru, termasuk dalam bidang digital, kecerdasan buatan (AI), kejuruteraan, dan matematik, walaupun saya datang dari latar belakang seni liberal. Saya ingin menekankan bahawa kita perlu ada gesaan yang kuat ke arah ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Forum Ilmuan Malaysia MADANI di sini anjuran Tenaga Nasional Bhd malam tadi.

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Banjir: Sarawak beransur pulih, Sabah meningkat sedikit
Nasional

Banjir: Sarawak beransur pulih, Sabah meningkat sedikit

Foto arkib RTM: Pandangan melalui udara situasi banjir di Sabah baru-baru iniKUALA...