Home Nasional Tarif balas AS: Perdana Menteri beri penerangan di Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Tarif balas AS: Perdana Menteri beri penerangan di Dewan Rakyat hari ini

Tarif balas AS: Perdana Menteri beri penerangan di Dewan Rakyat hari ini

Perdana Menteri dijadual memberi penerangan mengenainya bermula pukul 11 pagi

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Mesyuarat khas Dewan Rakyat bagi membincangkan kesan tindakan Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi Malaysia, berlangsung hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual memberi penerangan mengenainya.

Fokus, kepada pelaksanaan tarif balas terhadap semua import ke negara tersebut.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat yang dikeluarkan Parlimen Malaysia, penerangan akan bermula pukul 11 pagi.

\”Perdana Menteri juga akan menerangkan mengenai tindak balas Kerajaan merentasi pelbagai Kementerian dan sektor, serta penyelarasan penyelesaian jangka pendek dan sederhana. Ini termasuk semakan semula terhadap dasar-dasar semasa bagi industri tertentu,\” menurut dokumen itu.

Ia diikuti penerangan berhubung perancangan jangka panjang ekonomi negara bagi mendepani impak perang perdagangan antarabangsa agar ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan.

Selepas sesi penerangan, wakil rakyat dibenarkan meminta penjelasan dan memberikan pandangan.

Setelah selesai, sesi penggulungan akan dibuat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Kementerian Kewangan.

Sebelum ini, Parlimen Malaysia memaklumkan, mesyuarat khas itu diadakan atas permintaan Perdana Menteri.

Ia bakal memberi ruang kepada perbahasan konstruktif serta penyampaian maklumat yang telus kepada rakyat mengenai langkah kerajaan mendepani cabaran ekonomi global semasa.

Related Articles

Anas Baihaqi ditemui selamat di Terengganu
Nasional

Anas Baihaqi ditemui selamat di Terengganu

Anas Baihaqi ditemui selamat di rumah saudararanya di Chukai, Terengganu.KUANTAN, 5 Mei...

Lawatan Rasmi PM Pakistan ke Malaysia ditangguh ekoran ketegangan Kashmir
Nasional

Lawatan Rasmi PM Pakistan ke Malaysia ditangguh ekoran ketegangan Kashmir

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 5 Mei – Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz...

Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di tujuh negeri sehingga 12 tengah hari

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut...

Mayat lelaki ditemui terapung di bawah runtuhan kelong
Nasional

Mayat lelaki ditemui terapung di bawah runtuhan kelong

Mayat Mohd Faizal Mohd Nor ditemui terapung petang semalam.BATU PAHAT, 5 Mei...