Home Nasional Tarif AS: Status Malaysia sebagai anggota CPTPP, RCEP tidak terjejas
Nasional

Tarif AS: Status Malaysia sebagai anggota CPTPP, RCEP tidak terjejas

Tarif AS: Status Malaysia sebagai anggota CPTPP, RCEP tidak terjejas

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz/RTM

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Status Malaysia sebagai anggota Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) serta Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) kekal dan tidak berubahwalaupun berdepan ketidaktentuan daripada dasar tarif yang dilaksanakan Amerika Syarikat (AS).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata dasar ekonomi yang diumumkan AS setakat ini belum memberi impak langsung terhadap ekonomi negara kerana AS bukan anggota dalam mana-mana perjanjian perdagangan bebas berkenaan.

\”Status Malaysia sebagai ahli CPTPP dan RCEP tidak berubah meskipun timbul ketidaktentuan daripada dasar tarif yang sedang dilaksanakan Presiden AS (Donald Trump). Ini kerana AS bukan ahli CPTPP mahupun RCEP. Sehingga kini, dasar ekonomi yang diumumkan Presiden AS masih belum memberi kesan secara langsung ke atas ekonomi negara.

\”Namun demikian, kerajaan akan terus memantau perkembangan dasar baharu AS serta merangka strategi bersesuaian bagi menangani implikasi terhadap ekonomi Malaysia,\” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Rita Sarimah Patrick Insol di Dewan Negara hari ini.

BERITA BERKAITAN

  • Tarif AS: Kerajaan ambil maklum kebimbangan industri perabot
  • Trump arah semakan tarif kayu import pula
  • Trump umum tarif 25 peratus atas import keluli, aluminium
  • Eropah bincang langkah lindung industri keluli daripada tarif AS
  • Korea Selatan rayu pengecualian tarif AS ke atas keluli dan aluminium

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...