Home Nasional Tangani isu mikroplastik, elak risiko kesihatan – TPM Fadillah
Nasional

Tangani isu mikroplastik, elak risiko kesihatan – TPM Fadillah

Tangani isu mikroplastik, elak risiko kesihatan – TPM Fadillah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof

PUTRAJAYA, 15 Julai – Kerajaan akan memberi tumpuan kepada isu mikroplastik yang menjejaskan ekosistem serta kesihatan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata bahan cemar itu merupakan ancaman baharu yang perlu ditangani segera.

\”Yang saya mahu fokuskan sekarang ialah bagaimana hendak beri kesedaran kepada masyarakat, kalau diperingkat masyarakat itu sendiri memberi komitmen ini akan dapat mengurangkan risiko ianya dilepaskan kepada air yang akhirnya mendedahkan balik risiko kesihatan kepada kita sendiri,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Mikroplastik Kebangsaan 2024, di sini.

Jun lalu, jawatankuasa khas menangani kemerosotan kualiti air sungai kebangsaan ditubuhkan sebagai bukti kerajaan komited dalam meningkatkan kualiti air sungai.

Secara purata, tahun lalu, Malaysia merekodkan sebanyak sembilan bilion beg plastik digunakan dengan kadar kitar semula 35.38 peratus.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...