Home Nasional Tanah runtuh: 169 penduduk Kampung Lereng Bukit diarah berpindah
Nasional

Tanah runtuh: 169 penduduk Kampung Lereng Bukit diarah berpindah

Tanah runtuh: 169 penduduk Kampung Lereng Bukit diarah berpindah

29 keluarga dari Kampung Lereng Bukit berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pusat Bulan Sabit Merah (PBSM).

MIRI, 28 Januari – Seramai 169 penduduk dari Kampung Lereng Bukit di sini, hari ini diarahkan segera selepas berlakunya tanah runtuh awal pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, 29 keluarga dari Kampung Lereng Bukit berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pusat Bulan Sabit Merah (PBSM).

Sementera itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat pula berkata, tanah runtuh itu berlaku sekitar pukul 6.00 pagi akibat hujan lebat yang berterusan sejak semalam, yang telah merosakkan beberapa rumah.

“Pihak bomba bersama agensi lain masih memantau situasi di kawasan terjejas bagi memastikan keselamatan penduduk,” katanya.

Tanah runtuh turut dilaporkan di Jalan Woodhouse, turut menjejaskan pergerakan penduduk keluar dan masuk di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, runtuhan tanah itu telah dibersihkan sejurus laporan dibuat kepada pihak berkaitan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....