Thursday , 2 January 2025
Home Nasional Tanah runtuh: 14 penduduk terjejas ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna DBKL
Nasional

Tanah runtuh: 14 penduduk terjejas ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna DBKL

Tanah runtuh: 14 penduduk terjejas ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna DBKL

PPS Dewan Serbaguna DBKL yang menempatkan 14 penduduk terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang

KUALA LUMPUR, 23 Ogos– Seramai 14 penduduk terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Taman Bunga Raya.

Menurut salah seorang penduduk yang terjejas, Mohamad Hafeez Riduan Mohamad Nasir, kejadian itu adalah kali pertama berlaku dalam tempoh 10 tahun beliau tinggal di kawasan itu.

\”Masa kejadian rasa macam pelik, bunyi seperti bom, tidak pernah berlaku. Selepas itu, saya keluar dan hujan lebat. Saya lihat ada kereta polis. Polis itu tanya mengenai rumah di depan dan saya beritahu polis, pemilik rumah itu keluar bekerja. Saya pun hubungi pemilik rumah dan maklumkan mengenai kejadian tanah runtuh seperti yang polis beritahu saya\”, kata Mohamad Hafeez Riduan Mohamad Nasir.

\”Memang ramai semalam di rumah. Kita tidak perasan pun kerana kita duduk di depan. Ada pak cik yang beritahu mengenai kejadian tanah runtuh di belakang rumah\”, kata Pelajar, Munirah Mohd Fadzil Hisham.

Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur memaklumkan, penghuni yang berdaftar bancian dengan DBKL sebanyak 12 rumah daripada 17 rumah yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh tersebut.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menghantar wakil daripada Pejabat Kesihatan Titiwangsa, doktor pakar untuk memberi bantuan.

\”Jadi bila ada apa-apa bencana yang berlaku, pihak KKM akan turun padang. KKM sebenarnya ada beberapa unit. Saya dari Unit Kesihatan Mental. Jika ada kejadian bencana, kita perlu lihat bagaimana kesihatan mental mereka yang terlibat, kehilangan harta benda juga akan memberi kesan\”, kata Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Dr Mohd Amirul Amin.

Semua penduduk yang menetap di PPS itu akan diberi bantuan dan dipantau sehingga mereka dibenarkan pulang.

Related Articles

Op Ambang Tahun Baharu: 35 motosikal, sebuah kereta disita
Nasional

Op Ambang Tahun Baharu: 35 motosikal, sebuah kereta disita

JPJ menyita motosikal yang diubah suai secara haram dalam Operasi Ambang Tahun...

WTD: Melaka siap sedia terima pelancong dari lebih 155 negara
Nasional

WTD: Melaka siap sedia terima pelancong dari lebih 155 negara

Foto BERNAMABANDA HILIR, 1 Januari- Kerajaan Melaka bersiap sedia untuk menerima lebih...

Ops Ambang Tahun Baharu: 25 kenderaan disita di Perak
Nasional

Ops Ambang Tahun Baharu: 25 kenderaan disita di Perak

Foto FB JPJ Negeri PerakIPOH, 1 Januari- Sebanyak 271 notis kesalahan dikeluarkan...

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Tahun Baharu 2025
Nasional

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Tahun Baharu 2025

Foto FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 31 Disember-Yang di-Pertuan Agong, Sultan...