Sunday , 15 December 2024
Home Nasional Tanah Jerlus: Operasi SAR ditangguh, hanya selipar mangsa ditemukan
Nasional

Tanah Jerlus: Operasi SAR ditangguh, hanya selipar mangsa ditemukan

Tanah Jerlus: Operasi SAR ditangguh, hanya selipar mangsa ditemukan

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Selepas hampir 17 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, pasukan SAR hanya menemukan sepasang selipar milik mangsa berhampiran lokasi kejadian.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata selipar itu ditemukan terapung di kawasan kejadian yang telah dikorek pagi tadi.

\”Kita telah ambil masa panjang untuk selamatkan mangsa dan pasukan skuba juga telah masuk ke lokasi itu… setakat ini, (mangsa) masih gagal dikesan.

\”Pencarian di lokasi mangsa jatuh juga telah dilakukan secara 100 peratus,\” katanya pada sidang media di lokasi kejadian lewat tengah malam tadi.

Turut berada di lokasi kejadian Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Nordin Pauzi, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizme Affendy Sulaiman serta Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium (IWK) Narendran Maniam.

Beliau berkata operasi SAR terpaksa ditangguhkan sementara pada 12.30 tengah malam dan akan disambung semula 9 pagi esok susulan hujan lebat selain persekitaran gelap yang menyukarkan pencarian mangsa dilakukan.

Pasukan SAR, katanya turut berdepan cabaran iaitu arus deras dan terdapat gas selain air kumbahan yang boleh membahayakan unit skuba.

Bagaimanapun, Rusdi berkata lokasi sekitar masih selamat dilalui namun orang ramai dinasihat agar mengurangkan pergerakan di kawasan itu.

\”Kita akan ketatkan kawalan di lokasi ini dan orang ramai diminta kurangkan pergerakan dan berjaga-jaga,\” katanya.

Narendran pula berkata pihaknya akan membantu usaha mencari dan menyelamat mangsa dengan membuka setiap lurang (lubang konkrit bertutup di jalan untuk membolehkan pekerja IWK memeriksa, membaiki atau menyelenggarakan pembetung dan saliran) di sepanjang tujuh kilometer jajaran saluran pembetungan hingga ke loji rawatan kumbahan di Pantai Dalam di sini.

“Kita akan ke hilir dan buka setiap lurang pembetungan dan kita akan teliti setiap lurang itu. Kita sudah mula buka tengah hari tadi tetapi tidak jumpa apa-apa.

“Kalau ada, mangsa akan tersangkut di inter pump station namun setakat ini tiada,” katanya.

Beliau juga berkata badan manusia memang berkemungkinan dihanyutkan ke dalam saluran pembetungan itu kerana ia berdiameter 1.5 meter dan hujungnya lebih 3 meter.

“Ia memang paip yang besar kerana menampung seluruh kumbahan sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Insiden pada 8.20 pagi itu menyaksikan Jayaletchumy, 48, tiba-tiba terjerlus ke lubang sedalam lapan meter ketika berjalan bersama keluarganya di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India. – BERNAMA

Related Articles

Op Khas Motosikal: Lebih 800,000 kenderaan diperiksa
Nasional

Op Khas Motosikal: Lebih 800,000 kenderaan diperiksa

Foto RTMKUCHING, 14 Disember -Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ) setakat semalam telah...

FAMA Perlis catat jualan RM2.4 juta menerusi Pasar Tani, hingga November
Nasional

FAMA Perlis catat jualan RM2.4 juta menerusi Pasar Tani, hingga November

FOTO FAIL KANGAR, 14 Disember – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis...

Kerajaan bakal bangunkan Fiqh OKU, atasi kesukaran akses pendidikan agama dan isu ibadah
Nasional

Kerajaan bakal bangunkan Fiqh OKU, atasi kesukaran akses pendidikan agama dan isu ibadah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan/...

Akauntan bertauliah, sokong pembangunan sektor tenaga baharu Sarawak
Nasional

Akauntan bertauliah, sokong pembangunan sektor tenaga baharu Sarawak

Abang Johari Tun Openg / Foto BERNAMAKUCHING, 13 Disember- Sarawak memerlukan akauntan...