Home Nasional Tampung kekurangan tenaga kerja, KKM tingkat kapasiti latihan jururawat
Nasional

Tampung kekurangan tenaga kerja, KKM tingkat kapasiti latihan jururawat

Tampung kekurangan tenaga kerja, KKM tingkat kapasiti latihan jururawat

Lukanisman Awang Sauni / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 10 Mac-Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meningkatkan kapasiti latihan jururawat bagi menampung kekurangan tenaga kerja selepas pandemik COVID-19.

MenurutTimbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, pengambilan pelatih diploma kejururawatan di institut latihan dipertingkatkan daripada1,000 kepada 2,000, selain tujuh kolej swasta dibenarkan membuka semula program tersebut.

Jelasnya, KKM juga berdepan cabaran apabila ramai jururawat menerima tawaran lebih baik di luar negara, selain isu penempatan yang tidak memenuhi pilihan lokasi mereka.

\”Kita juga berdepan dengan masalah penempatan jururawat, di mana terdapat jururawat yang diberikan jawatan secara tetap menolak tawaran tersebut kerana tidak ditempatkan di negeri pilihan mereka, terutama di negeri-negeri seperti Kelantan dan Terengganu, yang ingin mereka kembali semula.

\”Kita juga dibebankan dengan pemindahan jururawat dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung, walaupun kedua-dua negeri tersebut turut menghadapi masalah kekurangan jururawat,\” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Kesavadas A. Achyuthan Nair di Dewan Negara di sini.

Justeru, KKM sedang berusaha untuk mengoptimumkan mobilisasi jururawat bagi memastikan semua negeri mendapat tenaga kerja mencukupi.

Related Articles

4.89 juta hektar kawasan sawit peroleh sijil MSPO
Nasional

4.89 juta hektar kawasan sawit peroleh sijil MSPO

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 10 Mac– Sebanyak 4.89 juta hektar kawasan sawit di...

Sistem cukai negara diperkukuh dengan ketelusan, keadilan- PM
Nasional

Sistem cukai negara diperkukuh dengan ketelusan, keadilan- PM

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 Mac- Sistem percukaian negara akan terus...

49 klinik kesihatan laksana perkhidmatan 'extended hours'
Nasional

49 klinik kesihatan laksana perkhidmatan 'extended hours'

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 Mac– Perkhidmatan...

Mekanisme levi pelbagai peringkat, kurangkan kebergantungan pekerja asing
Nasional

Mekanisme levi pelbagai peringkat, kurangkan kebergantungan pekerja asing

Steven Sim / Foto RTMKUALA LUMPUR, 10 Mac- Mekanisme levi pelbagai peringkat...