Home Nasional Tambahan kawasan projek TPKM, kurangkan kebergantungan sumber import
Nasional

Tambahan kawasan projek TPKM, kurangkan kebergantungan sumber import

Tambahan kawasan projek TPKM, kurangkan kebergantungan sumber import

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup (tengah) bersama penerima Anugerah Projek TKPM Terbaik pda Perasmian Seminar Pemerkasaan Projek Taman Pengeluaran Makanan Jabatan Pertanian Tahun 2024 / BERNAMA

SHAH ALAM, 13 November– Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bercadang menambah kawasan projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di seluruh negara.

Langkah itu bertujuan meningkatkan dan menjamin pengeluaran hasil pertanian sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada sumber import.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup ia antara usaha memastikan keterjaminan bekalan makanan untuk menampung keperluan yang semakin meningkat.

“Kita punya kebergantungan kepada makanan import masih terlalu tinggi, bermakna usaha perlu dilipatgandakan untuk meningkatkan hasil pengeluaran makanan negara kita sendiri,\” katanya.

Tambahnya sebanyak RM491 juta diperuntukkan KPKM melalui Jabatan Pertanian di bawah Rancangan Malaysia Kelapan hingga Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi melaksanakan pembangunan TKPM.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pemerkasaan Projek TKPM Jabatan Pertanian 2024.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....