Home Nasional Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Nasional

Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia

Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia

FOTO FB Dato\’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan

MADINAH, 13 Disember- Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad berkata permohonan berkenaan disampaikan beliau semasa pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.

“Beliau (Dr Tawfiq) tidak dapat memberikan jawapan pada masa (pertemuan) itu, tetapi beliau sedaya upaya akan cuba untuk memenuhi permohonan kita (Malaysia).

“Permohonan tambahan kuota haji ini bukan sahaja telah kita lakukan secara lisan, tetapi juga secara bertulis sebelum ini,” katanya kepada Bernama selepas majlis makan malam bersama komuniti Malaysia di Madinah di sini pada Khamis.

Pada pertemuan itu, Mohamad yang dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi dari 10 hingga 14 Disember, disambut oleh Dr Tawfiq di Al-Masjid Al-Nabawi, kira-kira pukul 12.20 tengah hari waktu tempatan (5.20 petang waktu Malaysia).

Mohamad berkata dalam perbincangan itu juga, Dr Tawfiq memuji pengurusan jemaah haji Malaysia oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

“Jemaah haji Malaysia juga merupakan yang paling berdisiplin. Oleh sebab itu, Malaysia merupakan negara pertama yang telah diberikan tapak untuk penempatan jemaah haji tahun depan.

“Jadi, Tabung Haji sudah boleh mula proses bina khemah di tapak itu lebih awal, biasanya pemberian tapak dimaklumkan lebih lewat,” katanya.

Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji 2024 sebanyak 31,600 jemaah, sama seperti tahun lepas.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....