Home Nasional Tambah baik pengangkutan awam, pastikan ketersambungan lancar – Rafizi
Nasional

Tambah baik pengangkutan awam, pastikan ketersambungan lancar – Rafizi

Tambah baik pengangkutan awam, pastikan ketersambungan lancar – Rafizi

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 14 Ogos– Pelan komprehensif, sedang dilaksana bagi menambah baik jaringan pengangkutan awam selain, penekanan khusus kesalinghubungan di Lembah Klang.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata tiga aspek utama dalam pengangkutan awam disasar, masing-masing perkhidmatan bas, rangkaian rel dan ketersambungan ‘first and last mile’.

\”Untuk perkhidmatan bas, usaha akan meliputi pengembangan ketersambungan dan liputan, peningkatan ketersediaan dan konsistensi serta mempertimbang untuk meluaskan lagi lorong khas sedia ada.\”

\”Sekarang ini, ada yang telah melalui projek rintis di beberapa laluan utama. Jadi, pelaburan akan datang adalah untuk menskalakan lorong-lorong khas bas ini di seluruh Kuala Lumpur,\” kata Rafizi dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Kerajaan turut akan menaik taraf hentian bas, laluan pejalan kaki dan memperkenalkan \”Demand Responsive Transit (DRT)\”.

Di samping itu, mengemas kini perancang perjalanan bersepadu serta pilihan mikromobiliti bagi memastikan ketersambungan lebih lancar dan cekap.

Related Articles

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial
Nasional

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial

Datuk Seri Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 15 Mac- Kerajaan terus memberi fokus terhadap...

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015
Nasional

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Kementerian...

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar
Nasional

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar

Profesor Dr. Zafir Khan Mohamed MakhbulKUALA LUMPUR, 15 Mac- Organisasi dalam negara...

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut
Nasional

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Jabatan...