Home Nasional Tambah baik Akta Antilompat parti,Pemuda UMNO sambut baik saranan PM
Nasional

Tambah baik Akta Antilompat parti,Pemuda UMNO sambut baik saranan PM

Tambah baik Akta Antilompat parti,Pemuda UMNO sambut baik saranan PM

Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh

PENDANG, 12 Julai-Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan terbuka untuk mengadakan perbincangan bagi membaiki kelompangan yang wujud dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663) atau Akta Antilompat Parti.

Ketuanya, Dr. Akmal Salleh berkata, segala kelemahan yang ada perlu diperbaiki bagi memastikan perkara berkenaan tidak menimbulkan sebarang konflik.

\”Kita nampak mungkin ada kelompangan yang boleh kita perbaiki, sudah tentu hari ini saya menyambut baik apa yang Perdana Menteri (PM) nyatakan.

\”Jadi sebab apa yang kita inginkan pada masa akan datang ialah masa depan negara ini masa depan yang kita inginkan lebih stabil sebab kita tidak mahu esok rakyat benci dan muak dengan ahli politik.

\”Bila rakyat benci dan muak dengan ahli politik, maka akhirnya esok apa nak jadi dengan negara kita. Jadi hari ini kita sebagai orang politik kita tahu ada kelemahan maka kita kena perbaiki\”, kata Akmal kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan, Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO Bahagian Pendang di Dewan Cenderawasih, di sini petang tadi.

20 Jun lalu, Bersatu mengemukakan notis kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul meminta supaya enam kerusi Parlimen wakil rakyatnya yang sebelum ini menyokong Perdana Menteri dikosongkan.

Notis itu dikemukakan berdasarkan peruntukan Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan, iaitu seseorang ahli Dewan Rakyat hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan dan kerusinya menjadi kosong apabila tidak lagi menjadi anggota parti politik.

Bagaimanapun semalam, Tan Sri Johari menegaskan, keputusan berhubung status enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan adalah kekal.

Johari berkata pihaknya telah membuat kajian sebelum memutuskan perkara terbabit dan membaca semua kenyataan mengenai Perkara 49 Perlembagaan Persekutuan.

Enam Ahli Parlimen berkenaan ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Related Articles

Pendekatan diplomatik dalam isu Laut China Selatan, cara terbaik tangani pertikaian
Nasional

Pendekatan diplomatik dalam isu Laut China Selatan, cara terbaik tangani pertikaian

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan -Foto BERNAMAVIENTIANE, 11 Oktober– Pendekatan diplomatik...

Pelaksanaan prinsip SDG dan ESG, beri impak kepada negara – PETRA
Nasional

Pelaksanaan prinsip SDG dan ESG, beri impak kepada negara – PETRA

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir/FailKLANG, 11...

Tuanku Muhriz titah nasib kanak-kanak GISBH dibela
Nasional

Tuanku Muhriz titah nasib kanak-kanak GISBH dibela

Foto Fail/BERNAMASEREMBAN, 11 Oktober– Nasib kanak-kanak bawah Global Ikhwan Services and Business...

Lawatan negara Agong ke Brunei perkukuh hubungan diraja
Nasional

Lawatan negara Agong ke Brunei perkukuh hubungan diraja

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan negara ke Brunei pada...