Home Nasional Tahanan rumah: Permohonan perlu dikemuka kepada Lembaga Pengampunan
Nasional

Tahanan rumah: Permohonan perlu dikemuka kepada Lembaga Pengampunan

Tahanan rumah: Permohonan perlu dikemuka kepada Lembaga Pengampunan

Bangunan Jabatan Peguam Negara/Bernama

KUALA LUMPUR, 28 Disember- Semua permohonan pengampunan bagi kesalahan dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya termasuk permohonan tahanan di rumah hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan agar perkara tersebut dimaklumkankepada Lembaga Pengampunan.

Selain itu, permohonan berkenaan hendaklah dikemukakan mengikut tatacara dan saluran yang ditetapkan oleh undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa dan bukan melalui saluran lain.

\”Oleh itu, sekiranya mana-mana pihak ingin mencadangkan mana-mana banduan termasuk (bekas Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak menghabiskan baki tempoh hukumannya dengan ditahan di rumah, permohonan berkenaan perkara itu hendaklah dikemukakan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong,\” menurut kenyataan itu.

AGC memaklumkan berdasarkan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Perkara 42(2) Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan antara lain bahawa Yang di-Pertuan Agong juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah.

\”Dalam hal ini, keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Lembaga Pengampunan menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan juga adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang terpakai bagi mengelakkan tindakan sedemikian dicabar di mahkamah kerana tidak sah dari segi undang-undang,\” menurut kenyataan itu.

BERITA BERKAITAN

  • Mahkamah tolak permohonan Najib cabar kewujudan Titah Adendum
  • Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung Titah Adendum pengampunan Najib
  • Titah Adendum kes Najib bidang kuasa Agong, Lembaga Pengampunan – PM
  • Najib kekal dipenjara, gagal permohonan tahanan di rumah

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....