Home Nasional Tabung Endowmen: Menteri Alumni UM disaran hulur sumbangan
Nasional

Tabung Endowmen: Menteri Alumni UM disaran hulur sumbangan

Tabung Endowmen: Menteri Alumni UM  disaran hulur sumbangan

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Disember- Ahli Jemaah Menteri yang merupakan alumni Universiti Malaya (UM) disaran untuk menyumbang ke dalam Tabung Endowmen universiti tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sumbangan tersebut disifatkan akan dapat membantu pembangunan universiti sekali gus, mencapai sasaran dana endowmen universiti tersebut.

Datuk Seri Anwar yang juga Alumni UM turut menyarankan setiap graduan universiti itu yang mempunyai sumber pendapatan melebihi RM10,000 harus diwajibkan untuk menyumbang sebanyak RM1,000 kepada Tabung Endowmen UM.

\”Bermula dengan ahli jemaah Menteri yang Alumni UM akan mulakan dana wajib RM 10,000 seorang. Dan saya percaya setiap graduan universiti yang sumber pendapatannya itu menjangkau lebih RM 10,000 harus diwajibkan untuk menghulurkan RM 1,000 kepada endowment UM.

\”Keseluruhannya, ini saya percaya kita boleh melepasi angka supaya tidak membebankan pemerintah. Saya tidak mahu melepaskan tanggungjawab sebagai pemerintah tetapi saudara-saudari tahu kita ada kekangan ekonomi tidak diurus.

\”Negara terkenal dengan rasuah dengan hutang mencecah trilion ringgit dan dana itu harus lebih cekap\”, katanya demikian ketika berucap pada Majlis Malam Alumni Universiti Malaya – Jejak Memori di ibu negara.

Penubuhan tabung tersebut merupakan sebahagian usaha merealisasikan visi Universiti Malaya sebagai sebuah institusi pendidikan bertaraf dunia.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....