Home Nasional Tabika Kemas autisme dibuka tahun depan di Melaka
Nasional

Tabika Kemas autisme dibuka tahun depan di Melaka

Tabika Kemas autisme dibuka tahun depan di Melaka

Pengarah KEMAS Melaka, Asri Saleh

ALOR GAJAH, 27 Julai-Enam orang guru telah dipilih untuk ditugaskan di Taman Bimbingan Kanak Kanak (TABIKA) Autism , Melaka yang dijangka akan bermula awal tahun depan.

Pengarah KEMAS Melaka, Asri Saleh berkata, mereka dipilih selepas saringan awal dilakukan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) , untuk mencari guru berkelayakan terutama pemegang Ijazah Pendidikan Awal Kanak Kanak, dengan pengkhususan bidang Pendidikan Khas.

Katanya, pemilihan guru adalah salah satu daripada persediaan yang dilakukan KEMAS untuk menjayakan projek rintis pertama di Melaka.

\”Setakat ini Insha-Allah mungkin dalam enam orang, cuma yang ini kita akan memperhalusi lagi latihan yang perlu enam orang ini untuk jalani sebelum bertugas sebagai guru Tabika Autisme\”, katanya demikian pada Majlis Perasmian Penutup Hari Potensi Tabika KEMAS dan Healthy and Bright Kids Digital Carnival Negeri Melaka di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), di sini.

Sebelum ini , Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr. Muhamad Akmal Saleh dilaporkan berkata, untuk permulaan, satu tabika KEMAS autisme akan ditempatkan di setiap daerah di negeri berkenaan.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...