Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Syarikat PKS digesa guna pakai amalan ESG – Tengku Zafrul
Nasional

Syarikat PKS digesa guna pakai amalan ESG – Tengku Zafrul

Syarikat PKS digesa guna pakai amalan ESG – Tengku Zafrul

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Ogos- Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana, (PKS) digesa mengguna pakai amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) secepat mungkin.

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, ini bagi memudahkan urusan eksport dan melancarkan urus niaga dengan syarikat multinasional yang menerapkan amalan ESG.

\”Industri-industri SME ini penting kerana bila mereka nak eksport ada pasaran-pasaran yang mempunyai kriteria yang ketat mengenai syarat-syarat ESG.

\”Pada masa ini belum lagi seketat tahun yang akan datang, tapi memang kita tahu terutamanya di EU (Kesatuan Eropah) dan sebagainya dalam tahun 2030 dan seterusnya banyak syarat-syarat lagi ketat daripada apa yang ada,\” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Perundingan Kebangsaan UNCTAD-KRI Tentang Industri Hijau.

Mesyuarat dua hari ini menghimpunkan pemain industri berkaitan untuk berkongsi pandangan dan pengalaman mengenai strategi perindustrian hijau Malaysia.

Antara perkara yang dibincangkan, hasil daripada lima kajian komprehensif merangkumi pengalaman Malaysia dalam pembiayaan dan perindustrian hijau.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...