Home Nasional Syarikat pembinaan diingatkan tidak 'pilih bulu', utamakan pekerja mahir tempatan
Nasional

Syarikat pembinaan diingatkan tidak 'pilih bulu', utamakan pekerja mahir tempatan

Syarikat pembinaan diingatkan tidak 'pilih bulu', utamakan pekerja mahir tempatan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 6 Ogos- Syarikat pembinaan diingatkan supaya tidak bersikap \’memilih bulu\’ selain perlu mengutamakan pekerja mahir tempatan dalam melantik pekerja bagi sektor berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekiranya ia berlarutan berlaku dan sektor pembinaan terus bergantung kepada pekerja asing, kerajaan akan menanggung kerugian dalam jangka masa panjang .

\”Pihak pemaju perumahan, kontraktor dan sub kontraktor jangan pilih bulu dalam mencari pekerja-pekerja dalam sektor pembinaan.

\”… ya kos mungkin kurang sekiranya mengambil pekerja asing tetapi dari segi jangka panjang kos yang ditanggung oleh negara dan kos kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang akan dibuat ianya akan merugikan negara,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Slogan \’CIDB Peneraju TVET Pembinaan\’ bersempena dengan Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia (ABM) & CIDB Technologies 2024 di ibu negara.

Pada masa sama kerajaan juga mahu sektor pembinaan dalam negara dijana sepenuhnya tenaga mahir tempatan.

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Banjir: Sarawak beransur pulih, Sabah meningkat sedikit
Nasional

Banjir: Sarawak beransur pulih, Sabah meningkat sedikit

Foto arkib RTM: Pandangan melalui udara situasi banjir di Sabah baru-baru iniKUALA...