Home Nasional Syarikat korporat perlu bantu industri kreatif, pacu program geran padanan
Nasional

Syarikat korporat perlu bantu industri kreatif, pacu program geran padanan

Syarikat korporat perlu bantu industri kreatif, pacu program geran padanan

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 3 September- Syarikat-syarikat korporat diharap terus membantu penggiat seni digalakkan supaya memanfaatkan geran padanan melalui MyCreative Ventures bagi memastikan industri kreatif dapat membangun serta menyumbang secara positif kepada ekonomi kreatif negara.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, geran tersebut dilihat sebagai usaha kerajaan untuk membantu golongan seni untuk mengusahakan karya-karya kreatif yang memberi impak kepada kepada ekonomi kreatif.

Fahmi turut melahirkan rasa bangga dengan usaha agensi tersebut dalam mengenal pasti industri kreatif yang memerlukan pembiayaan sekali gus merangsang kembali industri kreatif.

\”Saya mengalu-alukan dalam program geran padanan yang MyCreative Ventures usahakan, 50 peratus disediakan oleh kerajaan melalui MyCreative Ventures manakala 50 peratus lagi diusahakan oleh pihak korporat.

\”Ini adalah satu model dan kerangka yang kita lihat cukup positif apabila industri kreatif termasuk artis akan mendapat bantuan. Bantuan ini akan membolehkan mereka untuk mengusahakan karya-karya kreatif secara langsung dapat menyumbang kepada industri kreatif dan ekonomi kreatif dalam negara kita,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan pelancaran Kempen \’Kita Bagi Jadi\’ CIMB Bank Berhad (CIMB) dengan kerjasama MyCreative Ventures (MyCreative) dan Malaysian Philharmonic Youth Orchestra (MPYO) di ibu negara.

Pada masa sama, Fahmi turut menyeru lebih banyak usahasama strategik daripada pelbagai syarikat korporat dalam membantu mengerakkan ekonomi kreatif negara.

Kempen penjenamaan baharu bersempena ulang tahun CIMB Malaysia ke-100 itu bertujuan menyebarkan semangat positif selain memupuk daya tahan dalam kalangan rakyat negara ini.

Ia turut menampilkan jaguh sukan tanah air Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan S. Sivasangari sebagai ikon dalam kempen berkenaan.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...