Home Nasional Syarahan di Universiti Al-Azhar, fokus PM perkasa umat Islam
Nasional

Syarahan di Universiti Al-Azhar, fokus PM perkasa umat Islam

Syarahan di Universiti Al-Azhar, fokus PM perkasa umat Islam

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 November – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan syarahan umum di Universiti Al-Azhar Al-Sharif di Kaherah, Mesir pada Ahad, menekankan usaha pemerkasaan umat Islam melalui teknologi, kemasyarakatan dan ekonomi.

Anwar yang memulakan lawatan rasmi pada Sabtu akan menyampaikan ceramah bertajuk, “Gagah Bersama: Pandang Alam Umat dari Sudut Pemerkasaan Teknologi, Kemasyarakatan dan Ekonomi” di institusi pengajian Islam tertua dan paling berprestij di dunia itu.

Menerusi catatan di Facebook, Universiti Al-Azhar Al-Sharif berkata majlis itu bertujuan meraikan hubungan erat Malaysia dan universiti terkemuka Timur Tengah berkenaan.

Timbalan Sheikh al-Azhar Prof Dr Muhammad Abdul Rahman Muhammad al-Duwaini, Rektor al-Azhar al-Sharif Prof Dr Salama Dawood, pengurusan kanan universiti dan diplomat asing, ekspatriat dan pelajar Malaysia dijangka hadir pada syarahan itu.

Anwar akan memulakan lawatan rasmi empat hari ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November ini atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.

Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Mohd Tarid Sufian berkata lawatan itu bakal melakar sejarah penting hubungan persaudaraan Malaysia dan Mesir.

Lawatan itu akan membuka ruang untuk mempelbagai dan mengukuhkan kerjasama serta memperkukuh asas yang menjadi sinergi ke atas usaha-usaha meneliti pelbagai isu serantau dan global yang berkepentingan bersama.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....