Home Nasional SWM Environment & UiTM perkukuh kesedaran kitar semula
Nasional

SWM Environment & UiTM perkukuh kesedaran kitar semula

SWM Environment & UiTM perkukuh kesedaran kitar semula

SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap amalan kitar semula / Foto Hiasan / Bernama

AYER KEROH, 1 Mac – SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment), syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap amalan kitar semula.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata inisiatif itu dilaksanakan menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani sebagai sebahagian daripada usaha pendidikan masyarakat.

“Kerjasama ini menumpukan kepada elemen komunikasi, pendidikan, dan kesedaran awam berhubung pengurusan sisa pepejal, kelestarian alam, serta kepentingan amalan kitar semula,” katanya kepada pemberita, di sini.

Selain itu, jalinan strategik itu turut merangkumi aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam kempen kesedaran awam, bertujuan mengubah perilaku rakyat terhadap pengurusan sisa pepejal secara lebih berhemah.

“Usaha ini diharap dapat mewujudkan gaya hidup lebih mampan serta meningkatkan keprihatinan masyarakat terhadap pemeliharaan alam sekitar,” tambah Mohd Norlisam.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...