Home Nasional SWM Environment siap sedia hadapi Monsun Timur Laut
Nasional

SWM Environment siap sedia hadapi Monsun Timur Laut

SWM Environment siap sedia hadapi Monsun Timur Laut

Foto SWM Environment

JOHOR BAHRU, 16 Oktober- SWM Environment merangka Pelan Operasi Musim Banjir sebagai langkah bersiap sedia, menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) di Johor yang dijangka bermula pada November hingga Mac depan.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, antarapendekatan dirancang termasuk kerja pembersihan longkang di 15 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan saliran longkang tidak tersumbat.

Dalam pada itu SWM Environment juga akan bekerjasama dengan Kerajaan Johor dan pihak terlibat, bagi melaksanakan gerak kerja operasi banjir terutama di kawasan berisiko tinggi.

Kerjasama itu termasuk operasi kutipan sisa pepejal dan penempatan tong sampah mengikut keperluan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Selain itu, kenderaan berjentera SWM Environment akan digerakkan dalam Operasi Pembersihan Pasca Banjir mengikut permohonan pihak berkuasa.

Syarikat tersebut juga menyumbang 42 kotak makanan kepada 101 penduduk terjejas dari Kampung Tengah Renggam, Kampung Paya Baru dan Taman Layang-Layang, Kluang di dua PPS SK Seri Kampung Renggam dan SJK (C) Layang-Layang.

10 unit mesin pembersihan berkuasa tinggi juga diserahkan bagi menjayakan inisiatif gotong-royong pembersihan pasca banjir di kawasan terjejas.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....