Home Nasional Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi pantau situasi tegang di Kenya
Nasional

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi pantau situasi tegang di Kenya

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi pantau situasi tegang di Kenya

Polis menggunakan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan semasa demonstrasi menentang cadangan kenaikan cukai di negara itu pada 25 Jun lalu/Foto REUTERS

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi sedang berhubung dengan semua rakyat Malaysia di Kenya susulan ketegangan di negara itu yang kini memasuki minggu keenam.

Wisma Putra menerusi kenyataan hari ini menggesa mereka untuk terus berkomunikasi bagi menerima maklumat terkini dan sokongan jika perlu.

\”Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan dan memastikan keselamatan mereka.

\”Rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti arahan serta panduan terkini yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan,\” katanya yang sedang memantau dengan teliti situasi di Kenya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi di Nairobi dengan menggunakan butiran alamat 611, Runda Grove, Runda P.O. Box 42286 Nairobi; no telefon +254 (01) 11052710, +254 741 603952; Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sebelum ini media antarabangsa melaporkan puluhan orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes antikerajaan berhubung cadangan kenaikan cukai di negara itu.

Kematian itu menyebabkan pertempuran ganas antara penunjuk perasaan dan polis di seluruh negara Afrika Timur.

Protes juga mengakibatkan rompakan dan kerosakan harta benda yang meluas di sleuruh negara.

Related Articles

Pembangunan bakat anak Sarawak dukung hasrat kerajaan
Nasional

Pembangunan bakat anak Sarawak dukung hasrat kerajaan

Tan Sri Abang Johari Tun Openg/ Foto Unit Komunikasi Awam SarawakKUCHING, 2...

Lawatan kerja PM ke Pakistan, buka lembaran baharu hubungan dua hala
Nasional

Lawatan kerja PM ke Pakistan, buka lembaran baharu hubungan dua hala

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Mohammad Azhar Mazlan/ BERNAMAISLAMABAD, 1 Oktober-Lawatan...

Kecam serangan Israel, Menteri Agama saran buat solat hajat
Nasional

Kecam serangan Israel, Menteri Agama saran buat solat hajat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\’im...

Proses evakuasi 15 warga Malaysia dari Lubnan
Nasional

Proses evakuasi 15 warga Malaysia dari Lubnan

Foto facebook Wisma PutraPUTRAJAYA, 1 Oktober– Kementerian Luar Negeri Malaysia melalui Kedutaan...