Home Nasional Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London pantau protes susulan kejadian di Southport
Nasional

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London pantau protes susulan kejadian di Southport

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London pantau protes susulan kejadian di Southport

Penunjuk perasaan ditahan di Nottingham, tengah England, pada 3 Ogos 2024 semasa demonstrasi \’Enough is Enough\’ yang diadakan sebagai reaksi terhadap tikaman maut di Southport pada 29 Julai / AFP

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Kementerian Luar Negeri (KLN), melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London sedang memantau rapat siri protes yang sedang berlaku di beberapa kawasan susulan kejadian tikaman di Southport pada 29 Julai lalu.

KLN menerusi siaran media mengingatkan rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke negara tersebut untuk menjauhi kawasan terlibat selain berwaspada.

Mereka juga dinasihatkan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.

Bagi mereka yang belum mendaftar dengan Suruhanjaya di London, amat digalakkan untuk melakukannya segera bagi memastikan menerima maklumat dan bantuan yang tepat pada masanya.

Penunjuk perasaan ditahan di Nottingham, tengah England, pada 3 Ogos 2024 semasa demonstrasi \’Enough is Enough\’ yang diadakan sebagai reaksi terhadap tikaman maut di Southport pada 29 Julai

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....