Home Nasional Sunting klip temu ramah PM disifatkan tidak bermoral, tidak beretika
Nasional

Sunting klip temu ramah PM disifatkan tidak bermoral, tidak beretika

Sunting klip temu ramah PM disifatkan tidak bermoral, tidak beretika

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemu bual Richard Quest dari CNN pada12 November

GUAR CHEMPEDAK, 16 November- Perbuatan fitnah dengan menyunting temu ramahPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi klip pendek wawancara konflik Israel-Palestin oleh Richard Quest dari CNN disifatkan sebagai tidak beretika dan tidak bermoral.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan Perdana Menteri merupakan antara pemimpin dunia yang lantang serta tegas melawan kekejaman yang dilakukan rejim Zionis Israel.

\”Tetapi ada kalangan tertentu yang cuba mengambil kesempatan dalam negara sendiri. Sepatutnya individu-individu ini menyokong pendirian Malaysia yang tegas seperti yang disuarakan Perdana Menteri di seluruh dunia.

\”Sekiranya dilihat semula menerusi temu ramah berkenaan ia jelas menunjukkan berlaku suntingan klip di beberapa bahagian untuk dijadikan alat seolah-olah Perdana Menteri tidak bersimpati dengan perjuangan rakyat Palestin. Ini merupakan satu perbuatan yang tidak baik dan tidak bermoral,\” katanya.

Beliau ditemui RTM selepas merasmikan Jelajah Bongkar anjuran Parlimen Jerai di sini yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ketua UMNO Bahagian Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dalam pada itu beliau juga meluahkan kekesalan kerana klip video pendek tersebut disebarkan sebagai alat untuk mencalarkan imej Perdana Menteri.

Zambry yang juga Menteri Pendidikan Tinggi menegaskan, seluruh dunia mengetahui pendirian Malaysia dalam membela nasib rakyat Palestin.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....