Home Nasional Sumbangan limau dan angpau serikan sambutan Tahun Baharu Cina
Nasional

Sumbangan limau dan angpau serikan sambutan Tahun Baharu Cina

Sumbangan limau dan angpau serikan sambutan Tahun Baharu Cina

ADUN Indera Kayangan Gan Ay Ling menyantuni orang ramai pada Program Sumbangan Limau Mandarin dan Sampul Angpau Tahun Baharu Cina

KANGAR, 20 Januari – Menjelangnya sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut penghujung bulan ini, masyarakat Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan menerima sumbangan buah limau mandarin dan sampul \”angpow\”.

Sebanyak 70 kotak buah limau dan 20,000 sampul angpau diagihkan bertujuan memperkukuhkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di kawasan Indera Kayangan.

Menurut ADUN Indera Kayangan Gan Ay Ling, masyarakat berbilang kaum perlu bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di negara ini dengan semua kaum bebas meraikan perayaan masing-masing dan amalan saling kunjung mengunjung dalam setiap perayaan menjadi tradisi dalam masyarakat majmuk.

Program sebegini dilaksanakan setiap kali Tahun Baharu Cina bagi memberi kegembiraan kepada setiap keluarga yang meraikannya bersama jiran tetangga dan masyarakat berbilang kaum yang lain agar perpaduan yang sekian lama terjalin terus diperkukuhkan.

\”Pada tahun 2025 ini merupakan Tahun Ular dalam kalendar Cina dan pada tahun ini DUN Indera Kayangan telah mengadakan Program Edaran LImau dan juga angpau kepada seluruh komuniti di DUN Indera Kayangan khususnya dan beberapa kawasan di sekitar Perlis,\” kata Gan Ay Ling.

Beliau memaklumkannya pada Program Sumbangan Limau Mandarin dan Sampul Angpau Tahun Baharu Cina di sekitar Pasar Cina, di sini.

Lebih 5,000 masyarakat Tionghua di DUN Indera Kayangan bakal meraikan Tahun Baharu Cina kali ini bersama keluarga dan sahabat handai dimana persiapan menyambutnya giat dilaksanakan.

Related Articles

Fadillah Yusof kongsi detik cemas gegaran gempa bumi di Turkiye
Nasional

Fadillah Yusof kongsi detik cemas gegaran gempa bumi di Turkiye

Fadillah Yusof dan rombongan diarahkan keluar dari Terminal VIP Lapangan Terbang Istanbul...

Petugas haji RTM berlepas petang ini, Salam Baitullah janjikan kelainan
Nasional

Petugas haji RTM berlepas petang ini, Salam Baitullah janjikan kelainan

Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa (BES), Md Shahri Saripan (tiga dari kiri)...

Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan
Nasional

Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan

Sidang media pengumuman analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2024 di Putrajaya...

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan
Nasional

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan

Foto FailBANDARAYA MELAKA, 24 April– Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengkaji kewajaran...