Home Nasional Sumbangan kepada sekolah, tertakluk garis panduan sedia ada – KPM
Nasional

Sumbangan kepada sekolah, tertakluk garis panduan sedia ada – KPM

Sumbangan kepada sekolah, tertakluk garis panduan sedia ada – KPM

Menteri KPM, Fadhlina Sidek/BERNAMA

BATU CAVES, 23 Julai– Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan pemberian sebarang bentuk sumbangan kepada pihak sekolah.

Bagaimanapun Menterinya, Fadhlina Sidek berkata ia tertakluk kepada garis panduan sedia ada.

Katanya, pihak KPM bakal memberi bimbingan kepada pihak sekolah berkaitan proses pemberian serta penerimaan sumbangan dari semasa ke semasa.

\”Kita masih mengalu-alukan semua bentuk sumbangan tersebut tapi perlu mengikut kepada garis panduan.Maknanya, mesti ada mekanisme yang kita boleh harmonikan keadaan itu supaya mesej yang kita nak sampaikan adalah mesej pendidikan bersama.\”

\”Sekolah milik masyarakat dan sumbangan itu dialu-alukan, manfaatnya dikembalikan kepada masyarakat. Garis panduan kekal, bimbingan kita akan berikan kepada sekolah dari semasa ke semasa,\” kata Fadhlina kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab isu berkaitan syarikat menjadi salah satu penyumbang dana kepada sebuah sekolah vernakular.

Dalam pada itu, beliau berkata pihak KPM juga sedang menyiasat isu berkenaan sebelum mengambil keputusan selanjutnya.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...