Saturday , 22 February 2025
Home Nasional Sultan Pahang berkenan kurnia sumbangan kepada keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini
Nasional

Sultan Pahang berkenan kurnia sumbangan kepada keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini

Sultan Pahang berkenan kurnia sumbangan kepada keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini

FOTO FB Kesultanan Pahang

KUALA LUMPUR, 19 Julai- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Kesultanan Pahang memaklumkan kurniaan itu disampaikan paduka anakanda Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah yang menziarahi kediaman kakak ipar Allahyarham di Kampung Nyiur Manis, Pekan hari ini.

\”Tengku Amir Nasser yang tiba pada 11 pagi meluangkan masa kira-kira setengah jam menyantuni ibu Allahyarham, Salmah Abdullah serta ahli keluarga lain yang turut berada di rumah berkenaan sebelum menyampaikan sumbangan.

\”Turut bersimpati di atas kejadian yang berlaku, YAM Tengku turut menzahirkan ucapan takziah serta berharap agar ibu serta seluruh ahli keluarga Allahyarham bersabar dengan ujian yang diterima,\”menurut hantaran itu.

Hadir sama, Pengelola Bijaya Diraja Utama, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Datuk Yahya.

Jenazah Nur Farah Kartini telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Nyiur Manis/Bentan pada pukul 5.30 petang semalam selepas dibawa dari Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6 petang pada 15 Julai.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak direman hingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 22 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar
Nasional

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMAMANAMA, 22 Februari- Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Bahrain...

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat
Nasional

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat

Foto KPDN BALING, 22 Februari– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu
Nasional

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu

Foto FB Ab Rauf YusohPERINGGIT, 22 Februari– Jejantas Melaka Sentral kini dikenali...