Wednesday , 30 April 2025
Home Nasional Sultan Nazrin berkenan terima bayaran zakat perniagaan lebih RM9.78 juta
Nasional

Sultan Nazrin berkenan terima bayaran zakat perniagaan lebih RM9.78 juta

Sultan Nazrin berkenan terima bayaran zakat perniagaan lebih RM9.78 juta

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan dari Ketua Pegawai Eksekutif Ipoh Specialist Hospital Sdn Bhd, Badrul Hisyam Ibrahim/ Foto MAIPk

KUALA KANGSAR, 16 November- Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenaan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM9,783,777.67 daripada tujuh syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Majlis penyerahan itu berlangsung di Istana Iskandariah disaksikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Ipoh Specialist Hospital Sdn. Bhd. (Ipoh Specialist) mendahului penyerahan zakat tersebut yang diwakili Ketua Pegawai EksekutifBadrul Hisyam Ibrahim, dengan zakat berjumlah RM1.06 jutadisusuli Felcra Berhad, yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Idris Lasim, dengan zakat berjumlahRM1.03 juta.

\”Turut menunaikan zakat perniagaan ialah Koperasi Kemajuan Tanah PerakBerhad diwakili Pengerusi Datuk Mohammed Akhiar Ahmad Wazir Affandi dengan zakat berjumlah RM128,523 dan Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad diwakili PengerusiNor Sharifuddin Yeop Sabar (RM423,276).

\”Syarikat lain, Lembaga Air Perak (LAP) diwakili Pengurus Besar Lokman Abd Rahim (RM4.7 juta),Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mubarak Ali Gulam Rasul (RM1.7 juta) dan Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) dengan RM650,000 yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Anuar Zainal Abidin,\” menurut kenyataan itu.

Majlis berkenaan turut disaksikan Raja Kecil Sulong Perak, Raja Datuk Seri Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman Shah; Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Pada majlis sama Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan anggota MAIPk kepada Pengarah Pendidikan Negeri Perak yang baharu Safuan Raba\’ai.

Related Articles

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500
Nasional

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500

Foto KPDN LABUAN, 30 April- Seorang lelaki tempatan didenda Mahkamah Sesyen di...

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual
Nasional

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual

Tangkap layar rakaman video pemandu e-hailing ketika ditahan orang awamKUCHING, 30 April-...

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia
Nasional

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia

Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu diberi kawalan kehormat dalam satu majlis pelepasan...

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau
Nasional

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 29 April – Perdana Menteri, Datuk Seri...