Home Nasional Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Sambutan Hari Pahlawan Negeri Perak 2024
Nasional

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Sambutan Hari Pahlawan Negeri Perak 2024

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Sambutan Hari Pahlawan Negeri Perak 2024

Foto facebook Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad

IPOH, 31 Julai– Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Sambutan Hari Pahlawan Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2024 di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

Keberangkatan tiba Baginda diiringi Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dan Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Asri Shukor serta Panglima Armada Barat, Laksamana Shamsuddin Ludin.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebesaran negeri Perak, diikuti pemeriksaan kawalan kehormat oleh Sultan Perak yang terdiri daripada tiga pegawai kanan dan 102 pegawai rendah Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak yang dipimpin oleh DSP Mohd Faizan Ahmad dan dibantu oleh ASP Wan Ahmad Fahmi.

Pegawai pembawa panji-panji adalah Inspektor Muhammad Syamil Abdul Manan. Barisan perhimpunan melibatkan seramai 408 pegawai dan anggota pasukan keselamatan yang turut merangkumi veteran tentera serta pesara polis.

Setelah kawalan kehormat selesai, tiupan paluan akhir atau Last Post dimainkan dan Jalur Gemilang diturunkan.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa khas Hari Pahlawan dan diikuti deklamasi sajak bertajuk ‘Darah Yang Terpercik Di Baju’ yang dideklamasikan oleh Koperal Nurul Syuhada Azmi Dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan Lans Koperal Mohamad Fazreen Jamaluddin dari Batalion Ke-9 Regimen Renjer Di Raja.

Setelah itu, tiupan Rouse kemudian dimainkan dan Jalur Gemilang kembali dinaikkan semula diikuti lagu kebesaran negeri Perak sebelum kawalan kehormatan utama keluar perbarisan menandakan penamat acara sambutan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....